Monday, 18 December 2017

Kawal emosi semasa bermain

Kakak 8 tahun... adik 6 tahun.

Adat berkawan... bila bermain mesti ada yang tak puashati.

Kakak selalu emosi bila tak puas hati dengan adik. Adik pula lelaki... Bongsu pulak.. memang mengadanya lebih.

Kakak akan berlari ke bilik.. tarik muka masam.. pastu nangis sorang2.

"Kakak, bila berkawan kita tak boleh nak menang aje. Kadang2 kita memang betul tapi kena belajar mengalah atau berlapang dada.

Kakak kena ingat, main untuk seronok. Bukan untuk menang. Kalau kita nak selalu menang... kita akan kehilangan kawan.

Kakak nak ke hilang kawan. Adik dah tak nak main lagi dengan kakak.

Cuba kakak fikir baik2. Nak seronok ke nak menang dan hilang kawan?"

Kakak mula senyum dan jawab. "Nak seronok".

Alhamdulillah... kakak dah boleh senyum dan faham.

Kita boleh pertahankan hak selagi ianya tidak mengorbankan keharmonian.

Kalau dah tak harmoni. Baik kita mengalah atau diam.

Tak mudah untuk anak2 faham. Tapi sebagai parent kita kena ambil effort untuk menerangkan kepada mereka.








Bimbing anak dalam melakukan kebaikan.

Musim cuti sekolah, umi akan lebihkan masa bersama anak2 tahsin Al Quran. Dan juga mengajak anak2 banyak membaca Al Quran supaya cepat khatam.

Kalau anak2 kita suruh, kita pun kena lebih lagi lah membacanya.

Kakak nak khatam tahun depan! Macam K long, angah, abang chik dan abang Muaz.

Jadi umi bersama2 kakak membuat kiraan berapa mukasurat lagi yg belum baca.

Setelah kiraan dibuat, kakak perlu baca 3 helai sehari untuk khatam tahun depan.
Bulat mata kakak bila umi cakap macam tu.

Umi pun ajarkan kakak macamana nak habiskan 3 helai sehari.
sehelai pagi, sehelai tghari dan sehelai petang@malam. Baru muka kakak senyum!

Umi pesan kalau tak habis hari ni.. bawa ke hari esok, jadi bergandalah kena baca.

Kakak mengangguk2 menunjukkan kakak mengerti apa yang umi sampaikan.

Kesimpulannya, bimbinglah anak2 untuk membuat kebaikan dengan cara menunjuk jalan@ mudahkan mereka.

Ada benda yang tak terjangkau dalam pikiran mereka. Kita la pemudahcaranya.

Jom kita bantu anak-anak !!!