Kakak 8 tahun... adik 6 tahun.
Adat berkawan... bila bermain mesti ada yang tak puashati.
Kakak selalu emosi bila tak puas hati dengan adik. Adik pula lelaki... Bongsu pulak.. memang mengadanya lebih.
Kakak akan berlari ke bilik.. tarik muka masam.. pastu nangis sorang2.
"Kakak, bila berkawan kita tak boleh nak menang aje. Kadang2 kita memang betul tapi kena belajar mengalah atau berlapang dada.
Kakak kena ingat, main untuk seronok. Bukan untuk menang. Kalau kita nak selalu menang... kita akan kehilangan kawan.
Kakak nak ke hilang kawan. Adik dah tak nak main lagi dengan kakak.
Cuba kakak fikir baik2. Nak seronok ke nak menang dan hilang kawan?"
Kakak mula senyum dan jawab. "Nak seronok".
Alhamdulillah... kakak dah boleh senyum dan faham.
Kita boleh pertahankan hak selagi ianya tidak mengorbankan keharmonian.
Kalau dah tak harmoni. Baik kita mengalah atau diam.
Tak mudah untuk anak2 faham. Tapi sebagai parent kita kena ambil effort untuk menerangkan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment